Noveltronic

Novel Elektronik

Borang W.M.G

Jadi anda berminat memeriahkan lagibersama saya? Sila isi maklumat dibawah. Saya tak perlukan butir-butir peribadi anda kerana kita berada di alam maya jadi, siapa anda tidak lagi penting kerana yang lebih penting bakat terpendam anda. Selagi tidak berunsur politik dan perkauman,  karya anda akan pasti saya terima.

Kadangkala kita pernah berkarya tetapi karya itu sekadar tatapan kita sendiri atau untuk memenuhi masa lapang dan selepas itu kita simpan dimana-mana dan lama kelamaan kita terlupa tentangnya atau karya tersebut sudah hilang atau dibuang atau dibakar. 


Perlu diingat saya cuma terima mereka yang mahu berkarya kerana minat dan hobi. Supaya hobi kita tidak pada akhirnya berkubur dalam tong sampah. Di sini hasil karya kita menjadi tatapan umum sejurus kita menyiapkannya. Itulah tujuan utama
dibina. Supaya hobi berkarya tidak menjadi sesia kerana karya indah yang kita hasilkan akan menjadi tatapan oleh orang lain. Sekurang-kurangnya adalah juga yang meminati dan menghargai karya kita. Paling tidak karya itu tidak akan hilang.

Karya yang dihasilkan untuk laman ini bersifat percuma. Jadi tidak menjadi kesalahan jika ada  yang mengeksploitasikannya sabagai karya mereka lagipun pembaca MG tahu itu sebenarnya arya siapa. Karya di ONLINE adakan umum dan terbuka. Ini bermakna karya yang dipaparkan adalah pengembangan idea dari karya asal anda. Karya asal anda pula akan diperkukuhkan menjadi sebuah buku Novel yang akan dijual secara online samada dalam bentuk naskah buku atau Ebook.

Di MG kita gunakan konsep novel bersiri(NB). NB secara mudah dimana dalam novel asal penulis ada beberapa bab. setiap satu bab kita pecahkan menjadi 5, 6 atau lebih episod. Tugas anda adalah memperkembangkan jalan cerita supaya menjadi lebih menarik dan mencabar untuk setiap episod tanpa lari dari jalan cerita asal novel tersebut. Maknanya NB akan memperjelaskan tentang setiap watak sejelas-jelasnya kepada pembaca dan ini akan mendorong mereka untuk mendapatkan dan membaca naskah novel sebenar.

Naskah Novel akan di pasarkan selepas NB novel tersebut memasuki episod 10 ke atas. Perbandingan naskah novel dengan novel bersiri adalah filem dengan drama bersiri. Untuk keselamatan kita tidak akan gunakan nama watak asal. Kita akan ubah sedikit sahaja.

Oleh itu untuk menyertai WMG anda perlu mengirim satu karya asal anda ke Email: fiska.one@gmail.com selepas mengisi borang dibawah untuk dinilai adalah hasil karya anda berseni atau tidak.

Jika ternyata anda memiliki gaya seni tersendiri MG akan mengirim satu email mengesahan yang anda diterima sebagai WMG dan disertakan sedikit taklimat bagaimana cara anda bekerja. 

Apapun sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan selamat datang.
---Mindajauhari
*Bidang Seni:
Pelukis
Penulis