Noveltronic

Novel Elektronik

[email protected]

Ali Dengan Harimau: BAB SATU Jalan Pintas

Posted by Mindajauhari on June 13, 2011 at 11:40 AM

Suatu pagi yang bening, di kaki bukit Durai Beni saat bayu pagi galak menghembus manja tubuh-tubuh yang sedang menggigil kesejukan di bilik masing-masing di dalam sebuah rumah kayu usang namun tetap utuh tersegam kerana rangka, belebas, kekuda, tiang, lantai dan dindingnya terdiri dari kayu cengal, meranti, merawang dan beberapa lagi jenis kayu yang keras dan tua. Menangis sang anai-anai kerana takdapat menjamah dan menjamu selera kayu-kayu ini. Tersengih sang tuan rumahkerana tak perlu bersusah payah menggantikan acapkali  kayu yang dimakan anai-anai dengan yang baru.


Tika tubuh-tubuh itu asyik menarik selimut melawan kesejukan, kelihatan sekujur tubuh keluar dari pintu utama menuruni perlahan-lahan anak tangga sambil menghentak-hentak kuat menguji kalau-kalau perlu diganti atau dibaiki. Setelah puas hati sekujur tubuh itu menapak ke anak tangga seterusnya. Begitulah lagaknya sahingga tiba ke tanah beliau berhenti seketika dan terus bersenam ringan membetulkan urat saraf yang tegang semalaman. Setelah sudah sekujur tubuh mulai menapak menuju ke arah telaga tua yang terletak di sebelah timur terataknya.


“Cbooooor.” Kedengaranbunyi air telaga dijirus ketubuh tua itu menggunakan timba upih lamanya. Bukannya tiada timba alamunium (tin) tetapi kenikmatan air dari timba upih lebih enak dari timba tin. Di penjuru dinding yang meliputi telaga tersebut kelihatan timba tin tersangkut pada teras kayu cengal yang menyerupai tanduk rusa itu. Terdapat dua semuanya. Timba-timba ini digunakan oleh peghuni lain teratak tua itu.


“Huuuh!” kedengaran pula sekujur tubuh mengeluh kesejukan tiapkali air yang dicebuk mengenai tubuhnya. Sejuk tapi segar. Makin sejuk, makin segar. Sesekali terasa tidak mahu berhenti mandi tapi apakan daya kepala lutut sudah mula berlaga antara satu sama lain. Sesudah berwuduk sekujur tubuh milik ketua rumah besar itu, Pak Hasbullah mula meningggalkan sumur mendaki tangga memasuki pintu utama dan menutupnya semula lalu ke ruangan sembahyang setelah mengejutkan penghuni lain supaya mandi dan solat subuh.


Sedang Pak Hasbullah khusyuk sembahyang sunat sementara menunggu penghuni lain siap, kelihatan seorang demi seorang penghuni teratak itu keluar melalui pintu utama menuruni tangga menuju ke telaga. Kedengaran air berceburan di balik dinding telaga. Mereka mula mandi dua orang sekali. Manakala isteri Pak Hasbullah mandi di kolah simen di penjuru kanan dinding telaga. Air telaga yang telah ditakung petang kelmarin. Sejuknya dua kali ganda sejuk air telaga itu sendiri. Tapi kepuasannya lebih nikmat dari air dalam telaga.

Bersambung...

Cukuplah tu. nak tahu cerita seterusnya ayoh mari baca di Noveltronik ok.

 

Categories: Novel

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments