Noveltronic

Novel Elektronik

[email protected]

Novel Pertamaku ALI DENGAN HARIMAU

Posted by Mindajauhari on June 3, 2011 at 12:19 AM

Sinopsis Ali Dengan Harimau

Pertama kali ilham tiba tatakkala daku belajar di sebuah sekolah agama (pondok) di Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Waktu itu daku berusia sekitar 13, 14 tahun. Sudah tentu bila tinggal dekat pondok atau asrama maka adalah masa-masa terluang yang agak lama dan kadangkala membosankan apabila tidak ada sebarang aktiviti pada waktu tersebut.

Bagi mengisi masa tersebut daku yang tidak boleh duduk bersahaja tanpa sebarang gerak kerja mula mengisi masa lapang itu dengan sebatang pen dan sebuah buku tulis. Kebetulan sekitar tempat pengajianku berhampiran bukit dan hutan kecil maka tercetuslah idea untuk menulis kesah tentang pemuda kampung. Pada masa yang sama daku sering mendengar carita penghuni di situ tentang harimau yang ada dalam hutan kecil tersebut.

Lagi sekali penulisanku berkembang dengan mengaitkan pemuda kampung itu dengan seekor harimau. Daripada situ hidupku tidak bosan lagi kerana masa yang selama ini terluang begitu saja kini terisi dengan melakar kesah demi kesah tentang pemuda kampung yang daku beri nama Muhamad Ali yang sudah tentu daku ambil bersempena nama peninju terkenal suatu masa dahulu.

OOps! kena berhenti dulu. nak mandi pergi masjid sembahyang jumaat. ok bye. 12:48 PM / 3 Jun 2011

Sambung cerita. 1:51 pm 4 jun 2011.

Persoalan timbul. Adakah Ali dengan harimau tersebut bermusuhan. Pada mulanya daku ingin menggambarkan yang Ali amat memusuhi harimau tersebut kerana membunuh ayahnya tetapi kesah sebegini sudah tentu tidak menarik kerana dalam hal dibaham harimau ni belum tentu salah sang harimau semata-mata. Ini kerana harimau tidak membaham manusia kecuali bersebab. Jd mengapa harus menyalahkan harimau pula. Sedangkan kita tahu sekarang ini harimau antara haiwan yang hampr pupus.  Daku seolah-olah menggalakkan pembunuhan harimau pula.

Kemudian daku merasakan adalah lebih baik daku selamatkan harimau itu dari jadi buruan dengan menjadikannya sahabat kepada Ali.  Jadi bagaimana pula daku nak rapatkan Ali dengan harimau tersebut? Sudah tentulah dengan babak yang menunjukkan Ali telah memberian satu pertolongan yang sehingga sang harimau tersebut berhutang budi padanya. 

Berminggu lamanya daku melakar kesah apa yang sepatutnya terjadi kepada harimau itu dan bagaimana pula Ali boleh bertembung dengannya. Takkan daku nak buat Ali bertemu camtu jer tanpa ada elemen kebetulan. Setelah puashati daku beralih pula kepada Ali, bagaimana dia bertemu dengan harimau. Sudah tentu Watak yang masih bersekolah menengah itu aka melalui satu jalan untuk kesekolahnya.  Daku andaikan seolahnya tak berapa jauh cuma di sebalik Bukit Durai Beni (nama kampungnya Durai Beni) saja. Kalau ikut jalanraya sudah tentu memgelilingi bukit.

Pada masa itulah dau teringat seolah dekat kampungku yang ada jalan pintas digunakan oleh penoreh getah. Jadi daku putuskan Ali dan adiknya Siti Norhaliza ( masa itu Dato' Siti Norhaliza belum muncul lagi dalam arena hiburan) tiap-tiap hari pergi ke sekolah berjalan kaki melalui jalan pintas tersebut. Nak dijadikan cerita pada suatu pagi bertembunglah mereka dengan harimau tersebut.

Daripada pertembungan itulah bermula persahabatan antara mereka dengan harimau. Bila harimau dah jadi kawan mestilah ada nama. Pening pula daku memikirkan nama paling sesuai untuk harimau itu. Bila dah buntu daku asyik menyebut berulang kali,  "harimau itu boleh digosok. boleh gosok. bo... go..." Ya. BOGO itulah nama paling sesuai.

Harimau yang boleh digosok itu, BOGO kini semakin rapat dengan mereka berdua sehingga akhirnya dibawa tinggal dengan mereka setelah ayah mereka Pak Hasbullah (sempena pengulas sukan, Hasbullah Awang) mendapatan permit dari jabatan perhilitan untuk melindungi haiwan tetsebut di rumahnya.

Dari situlah bermulanya rentetan cerita yang semain menarik dan mencabar. Takkan daku nak cerita semua kat sini. Tunggulah senhingga daku menulis Bab pertama ' Ali Dengan Harimau' yang tajuk ini daku pilih kerana dalam sepanjang proses mengarang daku berulang kali menyebut 'Ali dengan Harimau'.

Tarik nafas dulu. Bila ada masa nanti daku mula novel ini dengan Episod JALAN PINTAS. Sekian

                     .....Sabtu 4/6/2011 1:36 petang.




Categories: Sinopsis, Novel

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments