Noveltronic

Novel Elektronik

[email protected]

view:  full / summary

Yang Mana Satu

Posted by Mindajauhari on September 5, 2011 at 4:30 AM Comments comments (0)

Entahlah. Nak mula dengan novel mana dulu. Akhir-akhir ini otak agak berserabut jadi, daku tunda dulu penulisan novelku. Daku mahu tumpukan kepada NOVELTRONIK dulu. Bila dah siap prototaipnya baru senang daku mulakan novelku.


Agak lambat kerjaku semenjak dua menjak ni. Maklumlah, kerja curi-curi masa katakan. Lazimnya dalam sehari boleh mengadap komputer sekitar 20 minit jer. Apa taknya, bila kat depan pc jer otak jadi beku. Tak tahu apa nak tulis. Masa duduk kat tempat lain idea datang mencurah-curah lak. Tensyen betul.

Noveltronik

Posted by Mindajauhari on August 22, 2011 at 10:40 PM Comments comments (0)

Dengan teknologi flash (swf file) Mindamania Gelaktika(MG) memperkenalkan NOVELTRONIK iaitu singkatan kepada novel elektronik. Noveltronik merupakan Flash Ebook. Anda akan mengalami pembacaan novel dikomputer dengan suasana sama seperti anda membaca buku novel sebenar. bezanya lebih interaktif dan capaian lebih cepat berbanding Ebook berasaskan pdf, html, java dan sebagainya. Buat masa ini Noveltronik hanya mengunakan elemen animasi interaktif asas sahaja namun dari masa ke semasa MG akan cuba menggunakan multimedia sepenuhnya. Harap maklum.

Ali Dengan Harimau: BAB SATU Jalan Pintas

Posted by Mindajauhari on June 13, 2011 at 11:40 AM Comments comments (0)

Suatu pagi yang bening, di kaki bukit Durai Beni saat bayu pagi galak menghembus manja tubuh-tubuh yang sedang menggigil kesejukan di bilik masing-masing di dalam sebuah rumah kayu usang namun tetap utuh tersegam kerana rangka, belebas, kekuda, tiang, lantai dan dindingnya terdiri dari kayu cengal, meranti, merawang dan beberapa lagi jenis kayu yang keras dan tua. Menangis sang anai-anai kerana takdapat menjamah dan menjamu selera kayu-kayu ini. Tersengih sang tuan rumahkerana tak perlu bersusah payah menggantikan acapkali  kayu yang dimakan anai-anai dengan yang baru.


Tika tubuh-tubuh itu asyik menarik selimut melawan kesejukan, kelihatan sekujur tubuh keluar dari pintu utama menuruni perlahan-lahan anak tangga sambil menghentak-hentak kuat menguji kalau-kalau perlu diganti atau dibaiki. Setelah puas hati sekujur tubuh itu menapak ke anak tangga seterusnya. Begitulah lagaknya sahingga tiba ke tanah beliau berhenti seketika dan terus bersenam ringan membetulkan urat saraf yang tegang semalaman. Setelah sudah sekujur tubuh mulai menapak menuju ke arah telaga tua yang terletak di sebelah timur terataknya.


“Cbooooor.” Kedengaranbunyi air telaga dijirus ketubuh tua itu menggunakan timba upih lamanya. Bukannya tiada timba alamunium (tin) tetapi kenikmatan air dari timba upih lebih enak dari timba tin. Di penjuru dinding yang meliputi telaga tersebut kelihatan timba tin tersangkut pada teras kayu cengal yang menyerupai tanduk rusa itu. Terdapat dua semuanya. Timba-timba ini digunakan oleh peghuni lain teratak tua itu.


“Huuuh!” kedengaran pula sekujur tubuh mengeluh kesejukan tiapkali air yang dicebuk mengenai tubuhnya. Sejuk tapi segar. Makin sejuk, makin segar. Sesekali terasa tidak mahu berhenti mandi tapi apakan daya kepala lutut sudah mula berlaga antara satu sama lain. Sesudah berwuduk sekujur tubuh milik ketua rumah besar itu, Pak Hasbullah mula meningggalkan sumur mendaki tangga memasuki pintu utama dan menutupnya semula lalu ke ruangan sembahyang setelah mengejutkan penghuni lain supaya mandi dan solat subuh.


Sedang Pak Hasbullah khusyuk sembahyang sunat sementara menunggu penghuni lain siap, kelihatan seorang demi seorang penghuni teratak itu keluar melalui pintu utama menuruni tangga menuju ke telaga. Kedengaran air berceburan di balik dinding telaga. Mereka mula mandi dua orang sekali. Manakala isteri Pak Hasbullah mandi di kolah simen di penjuru kanan dinding telaga. Air telaga yang telah ditakung petang kelmarin. Sejuknya dua kali ganda sejuk air telaga itu sendiri. Tapi kepuasannya lebih nikmat dari air dalam telaga.

Bersambung...

Cukuplah tu. nak tahu cerita seterusnya ayoh mari baca di Noveltronik ok.

 

Novel Pertamaku ALI DENGAN HARIMAU

Posted by Mindajauhari on June 3, 2011 at 12:19 AM Comments comments (0)

Sinopsis Ali Dengan Harimau

Pertama kali ilham tiba tatakkala daku belajar di sebuah sekolah agama (pondok) di Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Waktu itu daku berusia sekitar 13, 14 tahun. Sudah tentu bila tinggal dekat pondok atau asrama maka adalah masa-masa terluang yang agak lama dan kadangkala membosankan apabila tidak ada sebarang aktiviti pada waktu tersebut.

Bagi mengisi masa tersebut daku yang tidak boleh duduk bersahaja tanpa sebarang gerak kerja mula mengisi masa lapang itu dengan sebatang pen dan sebuah buku tulis. Kebetulan sekitar tempat pengajianku berhampiran bukit dan hutan kecil maka tercetuslah idea untuk menulis kesah tentang pemuda kampung. Pada masa yang sama daku sering mendengar carita penghuni di situ tentang harimau yang ada dalam hutan kecil tersebut.

Lagi sekali penulisanku berkembang dengan mengaitkan pemuda kampung itu dengan seekor harimau. Daripada situ hidupku tidak bosan lagi kerana masa yang selama ini terluang begitu saja kini terisi dengan melakar kesah demi kesah tentang pemuda kampung yang daku beri nama Muhamad Ali yang sudah tentu daku ambil bersempena nama peninju terkenal suatu masa dahulu.

OOps! kena berhenti dulu. nak mandi pergi masjid sembahyang jumaat. ok bye. 12:48 PM / 3 Jun 2011

Sambung cerita. 1:51 pm 4 jun 2011.

Persoalan timbul. Adakah Ali dengan harimau tersebut bermusuhan. Pada mulanya daku ingin menggambarkan yang Ali amat memusuhi harimau tersebut kerana membunuh ayahnya tetapi kesah sebegini sudah tentu tidak menarik kerana dalam hal dibaham harimau ni belum tentu salah sang harimau semata-mata. Ini kerana harimau tidak membaham manusia kecuali bersebab. Jd mengapa harus menyalahkan harimau pula. Sedangkan kita tahu sekarang ini harimau antara haiwan yang hampr pupus.  Daku seolah-olah menggalakkan pembunuhan harimau pula.

Kemudian daku merasakan adalah lebih baik daku selamatkan harimau itu dari jadi buruan dengan menjadikannya sahabat kepada Ali.  Jadi bagaimana pula daku nak rapatkan Ali dengan harimau tersebut? Sudah tentulah dengan babak yang menunjukkan Ali telah memberian satu pertolongan yang sehingga sang harimau tersebut berhutang budi padanya. 

Berminggu lamanya daku melakar kesah apa yang sepatutnya terjadi kepada harimau itu dan bagaimana pula Ali boleh bertembung dengannya. Takkan daku nak buat Ali bertemu camtu jer tanpa ada elemen kebetulan. Setelah puashati daku beralih pula kepada Ali, bagaimana dia bertemu dengan harimau. Sudah tentu Watak yang masih bersekolah menengah itu aka melalui satu jalan untuk kesekolahnya.  Daku andaikan seolahnya tak berapa jauh cuma di sebalik Bukit Durai Beni (nama kampungnya Durai Beni) saja. Kalau ikut jalanraya sudah tentu memgelilingi bukit.

Pada masa itulah dau teringat seolah dekat kampungku yang ada jalan pintas digunakan oleh penoreh getah. Jadi daku putuskan Ali dan adiknya Siti Norhaliza ( masa itu Dato' Siti Norhaliza belum muncul lagi dalam arena hiburan) tiap-tiap hari pergi ke sekolah berjalan kaki melalui jalan pintas tersebut. Nak dijadikan cerita pada suatu pagi bertembunglah mereka dengan harimau tersebut.

Daripada pertembungan itulah bermula persahabatan antara mereka dengan harimau. Bila harimau dah jadi kawan mestilah ada nama. Pening pula daku memikirkan nama paling sesuai untuk harimau itu. Bila dah buntu daku asyik menyebut berulang kali,  "harimau itu boleh digosok. boleh gosok. bo... go..." Ya. BOGO itulah nama paling sesuai.

Harimau yang boleh digosok itu, BOGO kini semakin rapat dengan mereka berdua sehingga akhirnya dibawa tinggal dengan mereka setelah ayah mereka Pak Hasbullah (sempena pengulas sukan, Hasbullah Awang) mendapatan permit dari jabatan perhilitan untuk melindungi haiwan tetsebut di rumahnya.

Dari situlah bermulanya rentetan cerita yang semain menarik dan mencabar. Takkan daku nak cerita semua kat sini. Tunggulah senhingga daku menulis Bab pertama ' Ali Dengan Harimau' yang tajuk ini daku pilih kerana dalam sepanjang proses mengarang daku berulang kali menyebut 'Ali dengan Harimau'.

Tarik nafas dulu. Bila ada masa nanti daku mula novel ini dengan Episod JALAN PINTAS. Sekian

                     .....Sabtu 4/6/2011 1:36 petang.




Bila Minda Berbicara

Posted by Mindajauhari on May 31, 2011 at 12:15 PM Comments comments (0)

Setelah sekian lama minda menelaah dan menganalisa perihal asas duduk perkara yang sewajarnya daku garapkan dalam penulisanku ini. Sudah tentu khalayak mahukan kelainan yang ketara kerana kebiasaan yang terlalu acap dan kerap boleh melahirkan rasa bosan dan muak untuk singgah ke teratak ini.


Apapun, paling daku hindari dari menular ke penokelanku adalah kesamaan dengan gaya penulisan orang lain. Jesteru, daku meneliti dan menyelidiki gaya bahasa para pengkarya dalam tempoh sekia lama sehingga... Akhirnya... daku temui gaya bahasaku yang tersendiri.


Akhir madah daku harapkan penulisanku dapat diterima ramai hendaknya...Amin

-----MINDAJAUHARI


Rss_feed